Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Mei 2010

PSP

DEFINISI PEMERIKSAAN PAYU DARA SENDIRI (PSP)

Kanser payudara boleh dicegah jika ia dapat di kesan diperingkat awal. Kanser payudara merupakan salah satu kanser yang paling mudah dikesan. Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang mengesan kanser kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. Pemeriksaan dengan kaedah PSP perlu dilakukan setiap bulan. Sekiranya seorang wanita masih dalam tempoh menstruasi, PSP boleh dilakukan antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya menstruasi. Sekiranya jangkamasa menstruasi tidak menentu atau telah menapous, PSP dilakukan pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati seperti pertama atau akhir setiap bulan. Pemeriksaan sendiri payudara bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doctor.

Ujian pemeriksaan kanser di lakukan secara manial (tangan ) dan mamogram hanya untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap barah payu dara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun. Usah taku untuk menjalani pemerikasaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalankan sekurang –kurangnya setiap 2 tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun. Para wanita yang berusia 20 tahun digalakkan untuk melakukan SADARI bulanan dan DBE tahunan, dan harus melakukan pemeriksaan mamografi setahun sekali bilan usia mereka mencecah 40 tahun.

TUJUAN PEMERIKSAAN PAYU DARA

PSP bertujuan untuk mengesan sebarang keabnormalan yang terdapat dipayudara untuk mengesan dan mencegahdi peringkat awal kanser payudara. Hampir 99% wanita mengalami kanser payu dara dan 1% bagi lelaki. Payudara haruslah diperiksa sebulan sekali. “ ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun. Usah takut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, terutamanya wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

INDIKASI PEMERIKSAAN PAYU DARA

Indikasi pemeriksaan payu dara adalah untuk wanita dewasa yang sudah akil baligh atau menstruasi disebut juga sudah mengalami haid. Waktunya ialah antara hari ketujuh hingga ke sepuluh selepas haid . Wanita yang sudah mencapai peringkat menstruasi akan mengalami tumbesaran payudara. Oleh itu amat sesuailah dilakukan pemeriksaan payu dara sendiri. Selain itu, jika jangka menstruasi tidak menentu atau telah mengalami tahap menoupous, pemeriksaan payudara harus juga dilakukan mengikut satu tarikh yang ditetapkan pada setiap bulan.

KONTRA INDIKASI PEMERIKSAAN PAYU DARA

Kontra indikasi pemeriksaan payu dara adalah untuk wanita yang akan mengalami menstruasi serta ibu mengandung. Ini kerana ibu mengandung mengalami pembesaran payudara akibat penghasilan susu di kelenjar-kelenjar susu. Manakala sewaktu menstruasi hormone didalam badan tidak seimbang dan boleh menyebabkan pembesaran kelenjar-kelenjar dipayudara. Haid adalah akibat perubahan paras hormon. Ini juga mengakibatkan pembesaran saiz payudara dan juga perasaan sakit dipayudara. Puting juga menjadi sensitif dan sakit.

MASA YANG SESUAI UNTUK PEMERIKSAAN PAYU DARA DILAKUKAN

Wanita dewasa - Waktunya ialah antara hari ketujuh hingga ke sepuluh selepas haid atau menstruasi.

Lelaki dan wanita yang monoupus - pemeriksaan payudara harus juga dilakukan mengikut satu tarikh yang ditetapkan pada setiap bulan.

BAGAIMANA MELAKUKAN (PSP)

A) Melihat perubahan pada cermin

1) Kedudukan 1:-

* Lihat diri anda dihadapan cermin.

2)kedudukan 2:-

* Angkat kedua-dua belah tangan keatas kepala anda. Periksa payu dara anda dari pelbagai sudu

3)kedudukan 3:-

* Berdiri tegak dihadapan cermin dengan tangan di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payu dara.

4)kedudukan 4:-

* Tegangkan otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah

B) Mengesan perubahan dengan cara berbaring.

1) Langkah 1: Persediaan

* Mulakan dengan PAYU DARA KANAN . baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda

* Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat dibawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa .

* Kemudian, letakkan tangan kanan anda di bawah kepala

* Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payu dara kanan anda. Gunakan 3 talapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN.

* Periksa payu dara anda dengan menggunakan kaedah urutan menegak( Vertical Strip) dan kaedah pusingan (Circular) .

2) Langkah 2 : pemeriksaan payu dara kaedah urtan menegak

* Pemeriksaan seluruh kawasan payu dara dalam corak urutan menegak,dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garisan –tangah antara kedua payu dara anda ke garisan tengah di bahagian bawah ketiak anda. Mengunakan tangan kiri ,mulakan urutan pertama di ketiak anda .Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.

* Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah,kearah garis kutang, menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat di setiap tempat . di bahagian bawah garis kutang lebih kurang dua cm ke kiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan di liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

3) Langkah 3 : pemeriksaan payu dara kaedah pusingan

* Bermula dibahagian atas payu dara anda ,buat pusingan yang besar. Gerakkan jari anda ke sekeliling payu dara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa.

* Lakukan sekurang-kurangnya 3 pusingan kecil sehingga ke putting payu dara . lakukan ini sebanyak 2 kali ,sekali dengan tekanan ringan dan sekali lagi dengan tekanan kuat.

* Jangan lupa periksa bahagian bawah areola(kawasan hitam).

4) Langkah 4: pemeriksaan lelehan di putting payu dara .

* Menggunakan kedua-dua belah tangan, tekan payu dara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luar biasa yang keluar dari puting payu dara.

5) Langkah 5: memeriksa ketiak anda.

* Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan

* Ulangi langkah yang sama pada payu dara kiri dengan menggunakan tangan kanan .

SIMTOM-SIMTOM ABNORMAL PAYU DARA

ANTARA PERUBAHAN YANG BERLAKU PADA PAYU DARA ADALAH SEPERTI :-

ü Kulit menjadi kasar

ü Wujud nodus( Benjolan keras pada payu dara atau ketiak)

ü Kulit berkedut dan menjadi merah

ü Nodus limpa di bawah ketiak membengkak

ü Perubahan bentuk dan saiz payu dara yang luar biasa

ü Puting payu dara tertarik ke dalam.

ü Pendarahan atau lelehan yang luar biasa dari puting payu dara